Sunday, November 21, 2010

Hari in saya nak bercakap tentang semangat 1 Malaysia. Kerajaan sedia ada sangat sedar betapa semangat satu Malaysia perlu ada pada diri setiap rakyat Malaysia yang sememangnya terdiri daripada pelbagai kaum. Hasrat murni itu nampaknya tidak dapat difahami oleh rakyat, khususnya di Sabah. Di sana-sini kita masih mendengar penduduk bumiputera, tempatan, atau yang bertaraf warganegara masih terus-terusan mempertikai kerakyatan orang-orang melayu suku kaum dari Filipina dan Indonesia.

Sejak zaman berzaman, proses transmigrasi manusia sentiasa berlaku dan tak akan pernah berhenti.Dimikainlah halnya di Sabah ini. Hakikat itu takkan dapat dipertikai. Saya fikir di Semenanjung Malaysia demikian juga halnya dan mereka dapat menerima hakikat itu. Berbeza dengan di Sabah ini.

Umum harus sedia untuk terus bergerak maju dan bersaing, bukannya hanya tahu mengkritik dengan rasa dengki dan iri hati dengan kejayaan mereka. Contohi sikap dan semangat mereka untuk bekerja keras dan membanting tulang baik di laut, dalam sektor pembinaan dan di sektor-sektor perladangan. Pandang diri sendiri, tanya diri sendiri, kenapa mereka boleh buat dan saya tak boleh. Buanglah jauh-jauh sikap ingin bersenang lenang tanpa bekerja keras.

Apa yang lebih mendukacitakan lagi, pemimpin-pemimpin politik pembangkang turut pula mengapi-apikan hal ini. Walhal ketika mereka masih di dalam kerajaan, mereka tidak pula membangkitkannya. Fikirlah sendiri.
Bukan itu sahaja. pemimpin-pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dan JKK yang dilantik oleh kerajaan untuk memantapkan wawasan 1 Malaysia, turut sama mensabotaj rancangan kerajaan tersebut. Mereka gagal memahami hasrat murni kerajaan. Orang-orang seperti inilah sebenarnya yang akan menjahanamkan kerajaan yang ada sekarang.

Kita ambil contoh saja di suatu kg di jln apas, khabarnya JKK di sana berketurunan india, dan sangat membenci melayu keturunan Bugis. Tutur kata dan tingkahlakunya seperti orang yang sangat berkuasa seolah-olah jawatan politik itu mengalahkan kuasa polis dan ketua kampung. Malah tindak-tanduknya juga sering menyakitkan telinga dan mata yang memandang. Entah di mana silapnya sehingga YB berkenaan boleh melantik orang seperti itu yang langsung tidak memahami semangat 1 Malaysia. Orang beginilah yg akan menjahanamkan UMNO pada masa akan datang

Itu baru satu tempat. Kita dengar-dengar pula di tempat lain......