Wednesday, December 22, 2010

Elaun Perumahan Wilayah Perlu Penyelarasan

Komen2 dan luahan perantau dan anemois masing-masing ada kebenarannya. Namun saya sendiri masih tetap menyokong pemberian kesamaan jumlah elaun EPW antara kakitangan awam berasal dari Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung dengan kakitangan awam Semenanjung yang berkhidmat di Sabah dan Sarawa sesuai dengan semangat Satu Malaysia. ( jangan tahu pandai buat slogan, tapi cakap tak serupa bikin )

Jika untuk menggalakkan rakyat Sabah atau Sarawak agar kekal berkhidmat di negeri masing2, maka jumlah EPW di Sabah itu perlulah dikurangkan agar kakitangan awam dari Semenanjung juga tak berminat lagi untuk bekerja di Sabah dan Sarawak.

Saya pernah bertugas hampie 5 tahun di pedalaman, guru-guru yg bertugas di sana kebanyakannya dari negeri2 pembangkang sahaja. Selepas satu atau 2 tahun,mereka akan segera memohon untuk berpindah di kawasan bandar kerana mereka boleh menuntut EPW dengan kongsi2 sewa rumah ( bagi yang bujang ) dan boleh pula membuat pendapatan tambahan dengan mengadakan kelas tuisyen ptg atau mlm,

Cara mencari dan menambah rezeki itu kita tidak persoalkan. Namun perbezaan EPW yang begitu ketara perlulah diselaraskan. Keadaan politik sekarang sudah berubah. Sudah tiba masanya pegawai2 tinggi kita di Semenanjung sana memperbaikinya. Jangan biarkan perkara yang kecil seperti ini, boleh meregangkan hubungan kakitangan kerajaan dari Sabah Sarawak dengan Semenanjung. Jika ini berlaku, rasa tidak puas hati itu akan terpamer dengan pelbagai cara... dan akhirnya...negara  atau kerajaan yang ada...akan roboh kerananya.

Sebarang usaha yang diambil untuk mendekatkan perbezaan EPW ini, akan menunjukkan bahawa kementrian atau kerajaan sangat perihatin dengan kakitangannya.